Ollo everyone ! Hah lama tak post. Al maklumlah calon SPM tahun ni. Busy memanjang sampai tak sempat nak berangan. Lol. Tak sangka nak SPM tahun ni. Hahaha XD Still main2, tak boleh lah nak serious. Bosan tahu tak bosan (sila tumbuk aku). Rasa macam takut lah pula nak SPM tahun ni. Yelah mana taknya, SPM bagaikan benteng utama yang harus kita lepas supaya dapat meneruskan perjalanan kita. Amboi ayat aku. Nanti bila nak buat karangan blurr. Huh tak nak ! Seperti calon-calon yang berada di Malaysia yang akan duduki SPM tahun ni, Of course lah nak 9A+ dalam SPM. Hmmmmmm boleh ke aku dapat 9A+? Eh mestilah boleh kan. Kena yakin dengan diri sendiri ! Nak 9A+ kena lah berusaha ! Tak ada usaha, keputusan zzzzzzzz. Faham faham jelah. Ni pun belum sedia lagi. Nak kena baca balik chapter form 4. Sejarah, Agama, Mathematics, Add Math, Chemistry, Physics, Biology. Haishhhh banyaknya. Yang berpengalaman tu, any tips for me nak jawap SPM? So, wish me luck for SPM ! Eh bukan2 doakan saya. Gementar mak nohh.
No comments:
Post a Comment