Thursday 31 January 2013

I'm back !

Ollo everyone ! Hah lama tak post. Al maklumlah calon SPM tahun ni. Busy memanjang sampai tak sempat nak berangan. Lol. Tak sangka nak SPM tahun ni. Hahaha XD Still main2, tak boleh lah nak serious. Bosan tahu tak bosan (sila tumbuk aku). Rasa macam takut lah pula nak SPM tahun ni. Yelah mana taknya, SPM bagaikan benteng utama yang harus kita lepas supaya dapat meneruskan perjalanan kita. Amboi ayat aku. Nanti bila nak buat karangan blurr. Huh tak nak ! Seperti calon-calon yang berada di Malaysia yang akan duduki SPM tahun ni, Of course lah nak 9A+ dalam SPM. Hmmmmmm boleh ke aku dapat 9A+? Eh mestilah boleh kan. Kena yakin dengan diri sendiri ! Nak 9A+ kena lah berusaha ! Tak ada usaha, keputusan zzzzzzzz. Faham faham jelah. Ni pun belum sedia lagi. Nak kena baca balik chapter form 4. Sejarah, Agama, Mathematics, Add Math, Chemistry, Physics, Biology. Haishhhh banyaknya. Yang berpengalaman tu, any tips for me nak jawap SPM? So, wish me luck for SPM ! Eh bukan2 doakan saya. Gementar mak nohh.

Wednesday 15 August 2012

Bila Tiba Hari Raya............


Assalamualaikum and hai semua. So hari ni dah masuk hari ke-27 kita berpuasa pada bulan Ramadhan ni. Cepat je masa berlalu. Ramadhan hampir ke penghujungnya. So mari lah berebut pahala. Ayuhh ! Haha. Lagi 2 hari nak raya dah. Hohoho. Sebelum saya "membusykan" diri saya ni and ada masa terluang ni. Saya inginkan mengucapkan


^.^v *bunyi mercun* Time raya lah perut kita sentiasa kenyang. Mana tak nya, banyak makanan yg ada lemang, lontong, rendang ayam, rendang daging and macam2 lah. Then, bersalam-salaman minta maaf dgn atuk nenek sedara-mara and mak ayah. Tapi part yg paling tak dpt tahan air mata bila kita salam dengan mak kita. Puiiishh air mata terus keluar. Okay puiiishh pun boleh. Haha. And and and and yg paling best beratur utk dpt DUIT RAYA !

So, sebelum saya balik kampung. Saya ingin memohon maaf sekiranya saya ada buat salah kepada kamu yg sedang membaca ini. Hehe. Manusia tak pernah lari daripada melakukan kesilapan, nobody perfect. So, maafkan lah saya yang comel ni.

Hahaha. and and and and. Semoga perjalanan anda selamat. Pandu cermat jiwa selamat ;)